RAMADAN 2025
Setakat tarikh saya tulis ini, belum lagi pergi bazar ramadan tahun ini. Zus Coffee pergi hehe. Sebab kopi best premium rasa dia. Dah cuba kedai kopi lain, ada beza. Lebih selesa makan masakan rumah walaupun hanya ringkas. Ambil berkat ramadan untuk banyakkan bersedekah, baca Al-Quran, zikir, solat berjemaah dan sebagainya. Bulan lain buat juga sekurang-kurangnya ada kesinambungan walaupun bukan semua. Janji ada yang istiqamah. Akhir ramadan lagu raya berkumandang. Awal ramadan tak sesuai sebab ramadan ini bulan yang sangat istimewa. Jangan kacau momentum ramadan dengan hiburan. Kejar malam lailatul qadar 10 malam terakhir tanpa pilih tarikh. Wanita yang tak boleh solat boleh zikir, doa, sedekah dan apa yang boleh dilakukan. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah Sentiasa mohon keampunan.