RAMADAN 2025
- Setakat tarikh saya tulis ini, belum lagi pergi bazar ramadan tahun ini.
- Zus Coffee pergi hehe. Sebab kopi best premium rasa dia. Dah cuba kedai kopi lain, ada beza.
- Lebih selesa makan masakan rumah walaupun hanya ringkas.
- Ambil berkat ramadan untuk banyakkan bersedekah, baca Al-Quran, zikir, solat berjemaah dan sebagainya.
- Bulan lain buat juga sekurang-kurangnya ada kesinambungan walaupun bukan semua. Janji ada yang istiqamah.
- Akhir ramadan lagu raya berkumandang.
- Awal ramadan tak sesuai sebab ramadan ini bulan yang sangat istimewa.
- Jangan kacau momentum ramadan dengan hiburan.
- Kejar malam lailatul qadar 10 malam terakhir tanpa pilih tarikh.
- Wanita yang tak boleh solat boleh zikir, doa, sedekah dan apa yang boleh dilakukan.
- Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah
- Sentiasa mohon keampunan.
Comments
Post a Comment